Penyanyi dan pelakon, Mila yang dikenali dari rancangan
realiti "Akademi Fantasia" musim kelima (AF5) mengakui dirinya kini
sudah berpunya.
Mila yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang VIP, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu.
Saya kenal dia dah lama, dia seorang ahli perniagaan dan kami baru saja menjalinkan hubungan yang lebih serius. Saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang memahami dan tahu apa matlamat hidup saya
Tambah Mila, 27, dia tidak mahu mencanangkan perihal mereka kerana bimbang hubungan mereka tidak menjadi. Tetapi mereka sudah ada perancangan untuk ke arah lebih serius.
Perancangan itu ada. Tapi saya tak mahu letak sebarang sasaran dan bercerita lebih-lebih, kerana saya tak tahu bila
No comments:
Post a Comment