Pengorbanan
seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan malu keluarga
suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta
dipandang rendah termasuk oleh mentuanya.
Wanita
itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama
berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa
seminggu sekali kerana suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu
negara.
Hanim
berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap dingin terhadapnya,
suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba seks setiap kali mereka
berjumpa termasuk meliwatnya.
“Saya
diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya
pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya
melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment