Selepas dilanda kontroversi tahun lalu, aktres jelita
Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bakal kembali
aktif dalam bidang lakonan di bawah syarikat pengurusan artis milik
suaminya, Aeril Zafrel.
Perkara ini dimaklumkan oleh Aeril sendiri yang turut memberitahu
isterinya itu sudah pun menerima beberapa tawaran lakonan selepas
berehat selama setahun daripada sebarang aktiviti seni.
Sebelum ini Wawa mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh tumpuan pada anak kami, Ahmad Fakharuddin Attar (berusia empat bulan). InsyaAllah untuk tahun 2014, Wawa akan kembali dengan beberapa projek dan semua itu adalah di bawah pengurusan pihak saya
Pemilik nama sebenar Suhairil Suhari ini turut memberitahu dia sedang sibuk dengan penggambaran filem serta dua penggambaran drama bersiri yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Aeril turut sempat berkongsi perasaannya selepas bergelar bapa pada 24 Ogos 2013.
Apabila menjadi seorang ayah, saya semakin menghargai dan memahami pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang mereka yang sudah bergelar 'ayah'. Detik indah yang saya lalui iaitu saat menidurkannya. Kemudian apabila anak sudah pandai tersenyum dan tergelak kecil melihat saya ketika sedar daripada tidur adalah sesuatu yang amat bermakna
No comments:
Post a Comment