Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya yang telah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Muhammad Azam Abdullah atau Miko dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Mukarramah di Sri Damansara.
 

Difahamkan, dalam majlis itu Leya telah menerima tiga dulang hantaran dan dibalas lima oleh pihak perempuan. 



 
Pasangan ini telah berkenalan sejak tahun 2011 ketika membuat persembahan teater 'Terima Kasih Cinta' bersama-sama. 
 
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua Leya selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 29 Februari 2012 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan Aza Ameena dan Asha Ameena.