Pelawak,
pelakon dan pengacara, Johan (Raja Lawak) berjaya dalam
tuntutan saman RM1 juta terhadap Juara Film Production Sdn Bhd & pengarah
Mohd Javed Mohd Nizar, akibat kecederaan dialaminya selepas dibaling gelas kaca
pada tahun 2010 lalu. Keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Tinggi,
Datuk Su Geok Yiam.
Menurut laporan
Berita Harian, Johan Raja Lawak cedera di bahagian muka dan kepala selepas
bergaduh dengan pengarah drama tersebut di sebuah restoran di Taman Sri Pulai
2, Seremban pada 11 Mei 2010.
Dalam
kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Johan bersama isterinya Rozlinawaty Ismail
atau Ozlyn Wati ke restoran berkenaan berjumpa dengan pengarah berkenaan untuk
berbincang tentang drama yang dibintangi mereka berdua.
Suasana
khabarnya menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba tiba bertindak
membaling gelas ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera di bahagian muka dan
kepala.'
No comments:
Post a Comment