Pages

Tuesday, February 25, 2014

Gambar Intan Ladyana Di Cium Shah Iskandar



Pelakon dan kekasih kepada Kamal Adli, Intan Ladyana menafikan bersentuhan dan dicium oleh Shah Iskandar di bahagian rambut seperti dipaparkan dalam sekeping gambar di bawah.

Gambar itu sebenarnya lebih dulu tersebar di laman sosial sehingga mengundang rasa kurang senang di kalangan para peminat Intan Ladyana. Mungkin mereka takut hubungan Intan Ladyana dan Kamal Adli tidak kesampaian kot.





Menerusi Harian Metro hari ini, Intan memberitahu gambar berkenaan diambil menggunakan teknik kamera dari sudut dan timing yang terbaik. Jadi, beliau meminta peminatnya tidak bimbang dan risau.

Shah cium rambut? Tak kena (kepala) dan tak rasa apa-apa punlah. Sebenarnya ketika kami ambil gambar itu, kami tak bersentuhan pun. Bukannya Shah cium kepala dan rambut saya betul-betul pun.

Saya tak rasa apa-apa dan tak kena pun kepala saya. Saya percaya itu helah (trick) kamera ketika gambar diambil. Apabila jadi gambar, orang nampak macam betul-betul cium padahal tak sentuh pun.

Saya terkejut bila jadi isu pula gambar kami padahal semua diambil daripada babak drama itu (Jika Itu Takdirku). Bukan kami berdua pandai-pandai ambil gambar untuk suka-suka dan jadikan simpanan peribadi pun. Saya berharap penjelasan ini dapat meleraikan kekeliruan mengenai gambar itu.

Rasanya, dengan penjelasan Intan Ladyana, orang ramai tidak lagi memperbesar-besarkan isu gambar tersebut. Dunia lakonan memang tidak lari dari bersentuhan, agenda romantik sentiasa ada dalam sesebuah drama dan filem.

No comments:

Post a Comment