Pages

Tuesday, February 25, 2014

Pelakon Ezany Nizariff Bela Sharnaaz Ahmad Isu Serang Nisdawati?


Sharnaaz Ahmad dikecam hebat berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Nisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi. Walaupun begitu masih ada rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta‘ ini.


Terbaru, pelakon Ezany Nizariff tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini. Menerusi status di akaun Facebook nya, Ezany memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu hal.

Menurut Ezany:-

Pelakon Shahnaz yg sy kenal,seorang yg hormat pelakon senior,sopan n sentiasa beri kerjasama.mungkin klu timbul isu mengenai beliau,kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus kedepan dan bertanya.mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau.bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!

Masih belum tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Namun di harapkan Sharnaaz, Nisdawati dan suaminya Fauzi dapat duduk berbincang secara baik bagi meleraikan isu tersebut.

No comments:

Post a Comment