Pages

Wednesday, February 26, 2014

Penjelasan Nisdawati Dan Penjelasan Sharnaaz Isu Sms Berbaur Ugutan?


Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel Sharnaaz Ahmad hantar SMS berbaur ugutan kepada Fauzi NawawiKes tersebut berpunca apabila Fauzi bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.


Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi. Kandungan SMS tersebut seperti berikut:-

Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.


Kejadian yang berlaku pada 19 Februari dan 21 Februari lalu di Kuang, Sungai Buloh menyaksikan Sharnaaz memarahi dan cuba menyerang Nisdawati. Cerita Nisdawati menerusi Harian Metro hari ini:-



Sharnaaz tiba-tiba memarahi saya tanpa sebab dan tidak juga menyatakan kenapa dia berbuat demikian. Ketika itu saya hanya mendiamkan diri bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Selepas tamat penggambaran, saya memaklumkan kepada suami.

Suami menenangkan saya sebelum menasihatkan supaya bersabar dan hanya mendiamkan diri. Namun pada 21 Februari lalu, keadaan bertambah buruk apabila Sharnaaz sekali lagi mahu menyerang saya di lokasi penggambaran di Sungai Buloh. Saya bernasib baik kerana dia dihalang kru. Menurut video tersebut suami Nisdawati, Fauzi telah membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan mereka.

Memetik laporan sebuah akhbar, Sharnaaz juga turut menjelaskan tentang isu tersebut:-

Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media. Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)….




No comments:

Post a Comment