Pages

Friday, February 28, 2014

[GOSIP]: Yus Jambu, Tauke masam muka?


RASANYA belum terlambat untuk admin ucapkan tahniah kepada kumpulan Sepahtu yang menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013). Acara yang berlangsung Jumaat minggu lalu memang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Walaupun sudah seminggu lebih program berkenaan berakhir nampaknya cerita-cerita panas MLM2013 masih kedengaran. Ada lagi cerita-cerita tak puas hati sebab kalah, kes curi idea dan macam-macam lagilah yang admin dengar.


Bukan mudah nak buat program besar macam ini. Khabarnya memang ramai kru yang naik hantu melayan kerenah segelintir peserta final pada malam tersebut. Bertambah panas apabila ada kru yang menyampaikan cerita tentang pergeseran di antara Yus dan Tauke daripada kumpulan Jambu.

Khabarnya mereka tak menang bukan sebab tak bagus tetapi dengarnya sebelum acara kemuncak itu Yus dan Tauke bergaduh disebabkan hal yang cukup remeh temeh. Kata sumber ini lagi, rentetan daripada isu kecil yang melanda mereka itu masing-masing tarik muka masam dan tak memberikan yang terbaik pada persembahan malam itu.


No comments:

Post a Comment