Pages

Thursday, February 27, 2014

Saya Disuruh Buka Coli Sebelum Majikan Letakkan Seterika Panas


KUALA LUMPUR : Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak dapat menyusukan anaknya akibat kecederaan pada payudara selepas didera majikannya, sepuluh tahun lepas.


Nirmala, 29, dalam pernyataan saksinya berkata dia tidak dapat menyusukan kedua-dua anak lelakinya, masing-masing berumur empat tahun dan setahun ketika mereka masih bayi akibat kecederaan yang dilakukan Yim Pek Ha selaku defendan pertama, pada kedua-dua belah payudaranya.



Nirmala berkata, kejadian itu berlaku sekitar Mac atau April 2004 selepas diadiminta Yim supaya membuka coli dan baju sebelum meletakkan seterika panas padapayudara di sebelah kiri dan kanannya apabila baju yang digosoknya menggunakan seterika kurang licin.

“Saya mengalami parut akibat daripada kecederaan itu dan disebabkan kejadiantersebut saya mengalami tekanan emosi serta takut untuk bekerja,” katanya dalam perbicaraan hari pertama kes saman yang difailkan terhadap Yim dan suaminya, HiiIk Tiing kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.

Ibu dua anak dari Desa Tuapakas di Kota Kupang, Indonesia itu berkata selaindicederakan dengan seterika panas, defendan pertama juga menyimbah air panas pada paha kanannya dan memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan pada dahi, bibir dan hidungnya.

Dalam pada itu, wanita Indonesia itu berkata, dia diminta oleh defendan pertama untuk menandatangani diari yang telah ditulis olehnya (defendan pertama) mengandungi barang-barang yang dikatakan telah dirosakkan oleh pembantu rumah itu termasuk baju, cawan, pinggan dan mangkuk.

“Defendan pertama yang menulis kandungan dalam diari itu dan saya diminta menandatanganinya,” katanya ketika menjawab soalan peguam M. Kavimani, yang mewakilinya.

Namun, Nirmala berkata, barang-barang yang rosak itu tidak disengajakannya dan seingatnya ada baju yang rosak semasa dia menggosok baju berkenaan menggunakan seterika.

Sementara itu, Nirmala tidak bersetuju dengan cadangan peguam Chan Vy Sing, yang mewakili Yim dan suaminya bahawa dakwaan dia didera oleh defendan sebenarnya tidak pernah berlaku kerana dia tidak pernah melarikan diri atau menghubungi agensi pekerjaan sekiranya didera, meskipun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Nirmala juga tidak bersetuju dengan cadangan Chan bahawa kecederaan yangdialaminya adalah akibat perbuatannya sendiri dan bukan orang lain.

Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas didakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya denganmenggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Januari 2004.

Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini pada September 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada dia.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yangmenjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala. Yim, yang kini berada di Penjara Kajang turut hadir pada prosiding pada Isnin,diiringi pegawai penjara dalam keadaan tangannya bergari. Perbicaraan di hadapan Hakim, Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Selasa. – 


No comments:

Post a Comment