Pages

Friday, February 28, 2014

[PANAS]: Kerana Cemburu Isteri, Izzue Islam & Anzalna Bergaduh


Nama Izzue Islam mula meningkat naik dalam industri lakonan tempatan. Anzalna pula tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah pun mencipta nama. Namun keduanya dilihat sunyi tanpa produk baru.


Terbaru kedua pelakon ini kembali berlakon bersama dan desas-desus mengatakan bahawa Izzue dan Anzalna kini sedang bermasam muka, dipercayai berpunca daripada sikap Izzue yang ingin menjaga hati isterinya, Awin.


Menurut sumber, salah faham itu berlaku apabila Anzalna dikatakan terlalu menjiwai watak dalam satu adegan romantik sehingga menyebabkan Izzue berasa tidak selesa.


Sebagai info, isteri Izzue, Awin, merupakan pembantu peribadinya itu sering berada di set penggambaran dan dikatakan sedikit sebanyak seperti ‘mengongkong’ setiap pergerakan Izzue.


Mungkin kerana mahu menjaga rumahtangga yang dikira masih setahun jagung, sumber tersebut turut memberitahu bahawa Izzue telah menegur Anzalna yang dianggap berlebihan dalam lakonannya. Terasa dengan tindakan itu, Anzalna dikhabarkan turut menarik muka dengan Izzue sehingga kini.



Tidak dinafikan sememangnya perlu wujud batasan dalam lakonan, namun jika berita yang kami dengar ini benar, tindakan yang dilakukan oleh Izzue itu mungkin akan menjejaskan kreativiti orang lain untuk terus berkarya dalam industri.


No comments:

Post a Comment