Pelakon Singapura yang sedang meningkat naik di Malaysia, Hisyam Hamid mengakui dirinya berasa kekok kerana terpaksa berpelukan dengan pelakon lain di hadapan isterinya ketika sesi fotografi untuk mempromosikan drama lakonannya. Hisyam sering ditemani isterinya, Rosmawati Hanafi kerana dia bertindak selaku pengurusnya di sini.
Apabila saya berpegang tangan dan beraksi mesra untuk tujuan sesi fotografi bersama pelakon lain di hadapan isteri saya, saya rasa agak kekok. Namun begitu, isteri saya sendiri yang memberitahu saya yang aksi saya nampak kaku. Dia begitu faham situasi saya sebagai seorang pelakon. Walaupun tahu dia memahami, tetapi saya tahu hati wanita. Sedikit sebanyak, mesti ada sekelumit perasaan cemburu
Dia bersama saya sebelum saya bergelar seorang pelakon lagi. Dia ada dengan saya dan sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seni saya. Saya bersyukur sangat apabila dia begitu memahami kerjaya saya sebagai pelakon. Saya berjanji dengan isteri saya, apa yang terjadi di set penggambaran, tidak akan terbawa-bawa di luar. Bagi saya, status sebagai suami tidak menjadi masalah untuk saya terus melebarkan sayap di sini
No comments:
Post a Comment