Bagi
yang mengikuti Anugerah MeleTop Era mesti mengetahui Neelofa secara
terang-terangan bertanya kepada Nabil, “Eh dia bukan from Indonesia ke?” Mungkin
sebab itulah, Wak Doyok kelihatan ‘sentap’ apabila Neelofa tidak
mengenalinya.
Maka
hari ini, Wak Doyok telah memuatnaik satu status mengejek Neelofa yang
diketahui umum, teruk kena kritik kerana memakai fesyen ala Power Rangers pada
malam anugerah bersama status berbunyi, “Suka mengata orang? Kan dah kena diri
sendiri. Aku lahir di Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia. Suke!!”
Namun
tindakan Wak Doyok rata-rata tidak dipersetujui beberapa pengikut
Instagramnya sendiri. Bagi mereka Neelofa tidak bermaksud mahu mengata Wak
Doyok tetapi terkeliru dengan pelawak Indonesia yang juga bernama Doyok.
Mungkin
kesilapan itu pada Neelofa tidak membuat research dulu. Namun Wak Doyok
pun, tak patutlah mengambil kesempatan ini untuk turut sama mengejek Neelofa
secara umum.
Sebagai
info, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah yang
merupakan pemilik jenama The Garment dikenali kerana fesyen berani Mods (modern
stylish) yang dikenakannya.
Sebelum
dikenali umum, Wak Doyok yang tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal
ala maskulin era Inggeris 60-an sememangnya sudah lama popuar dalam kalangan
pencinta dan pereka fesyen.
No comments:
Post a Comment