Pages

Thursday, February 27, 2014

[GEMPAR]: Hanez Suraya Bercuti Di Luar Negara Dengan Suami Orang?


Sebelum ini menerusi Harian Metro, Hanez Suraya menjelaskan yang jejaka bergelar kekasihnya kini merupakan duda anak dua dan bukannya suami orang seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.


Namun memetik sumber sebuah portal hiburan, mereka yang berkawan rapat dengan isteri kepada jejaka tersebut menafikan dakwaan Hanez tersebut selain berkata pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan berbaur penipuan.

Menurut portal tersebut, lelaki yang dikenali sebagai R itu masih bergelar suami kepada isterinya namun mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak hari raya Aidilfitri yang lalu selepas satu perselisihan faham antara mereka.


Selain itu, isterinya itu kini sedang makan hati dengan Hanez Suraya selepas kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih suami isteri.



Sumber juga memberitahu yang Hanez Suraya & R bukan sahaja keluar bersama namun sudah pun keluar bercuti ke luar negara bersama sebelum ini walaupun dinafikan pelakon itu ketika ditanya oleh wartawan Melodi.



No comments:

Post a Comment