Pages

Sunday, February 23, 2014

Punca & Kronologi Tragedi 8 Sahabat Lemas Di Sungai Muar, Buloh Kasap


Tragedi 8 remaja mati lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat, Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.



Berikut merupakan kronologi kejadian yang menyayat hati yang menimpa 8 sahabat tersebut:-
21 Februari 2014
  • 6:00 pagi – 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat dari Taman Mewah keluar joging berhampiran Sungai Muar, Pekan Buloh Kasap, Segamat
  • 8:50 pagi – Mereka berhenti di Sungai Muar & 8 daripadanya berhasrat untuk mandi. 4 remaja yang lain menolak kerana tidak tahu berenang
  • 9:00 pagi – Seorang tiba-tiba tergelincir sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang ke dalam sungai.
  •  9:48 pagi – Operasi mencari & menyelamat dimulakan
  • 3:29 petang – Mangsa pertama daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 14 berjaya ditemui
  • 3:41 petang – Mangsa kedua daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Zikri zaidi ditemui
  • 4:22 petang – Mangsa ketiga daripada 8 remaja mati lemas, Nazrul Aminuddin Zamri, 15, ditemui
  • 11:00 malam : Operasi mencari & menyelamat melibatkan baki 5 remaja mat lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berhenti dan bersambung
22 Februari 2014
  • 7:30 pagi - Operasi mencari dan menyelamat lima mangsa mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor bersambung semula.
  • 1:25 petang – Mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah
  • 2:06 petang – Mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui
  • 2:46 petang - Tiga mayat iaitu Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam.
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan sama-sama kita sedekahkan al fatihah kepada arwah:-

  1. MOHD ZAKI ZAIDI, 16
  2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
  3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
  4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
  5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
  6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
  7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
  8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16




No comments:

Post a Comment