Pages

Wednesday, February 26, 2014

Awie Simpati Terhadap Erra Fazira



Sebagai seorang kawan, sudah pasti timbul rasa simpati terhadap dia. Saya harap dia tabah menjalani ujian yang berlaku

tutur vokalis Wing, Awie berhubung isu perceraian aktres jelita, Erra Fazira dengan Engku Emran baru-baru ini.


Awie ketika ditemui di rakaman program ‘Primadona’, pada Selasa memberitahu dia yakin perkara yang berlaku kepada heroin ‘Sembilu’ itu tidak akan menjejaskan persiapan Konsert Teaterikal Suara Kita yang bakal berlangsung pada 3 hingga Mac depan kerana percaya Erra seorang yang profesional.

InsyaAllah, perkara ini tak akan jadi masalah besar buat Erra kerana saya yakin dia sudah bersedia untuk persembahan nanti. Dia sudah dewasa serta matang dan saya rasa dia boleh mengatasi perkara ini. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan harap dia jangan toleh ke belakang kerana kehidupan harus diteruskan


No comments:

Post a Comment