Pages

Thursday, February 27, 2014

(7 Gambar): Sharnaaz Kongsi Gambar Bertatu Di Instagram?


Lakonan mantap Sharnaaz Ahmad dalam membawa setiap watak yang dilakonkannya memang tidak dapat dipertikaikan. Sharnaaz juga berani berkongsi gambar-gambar bertatu di badan sebagai tatapan peminat di Instagram. Sebelum ini jarang artis Malaysia berbuat demikian dan pujian mungkin perlu diberi kepada pelakon Sharnaaz Ahmad kerana telah memecah tradisi ini, tak gitu?


Namun akan ada pengikut Instagram Sharnaaz yang kepanasan melihat gambar beliau ini. Biasalah orang ‘haters’, kalau tak komen negatif memang tak sah.


Apapun, kita perlu tahu kenapa bekas kekasih Shila Amzah itu membuat tatu di badannya. Bukan sekadar suka-suka tetapi untuk memenuhi kehendak watak Jebat yang dilakonkannya dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.



Ramai melihat Sharnaaz lebih kacak, macho dan bergaya dengan tatu tersebut. Sikap panas baran yang sedia ada dalam dirinya menambahkan kegagahan beliau sebagai antara artis lelaki Malaysia yang berbadan tegap dan sasa.


Maka, tidak hairanlah kenapa beberapa wanita cantik yang menjadi pengikut Sharnaaz di Instagram mengajaknya berkahwin. Malah ada antara wanita bertudung mengaku mula tergugat iman sebaik melihat susuk tubuh Sharnaaz yang seksi dan bergaya.







No comments:

Post a Comment