Pelawak
Amir (Raja Lawak) mendedahkan telah menemui cinta hati selepas kecewa
dengan lima wanita yang cuba mengambil kesempatan dan mempermainkan perasaannya
sebelum ini.
Amir
atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, berkata, dia digilai oleh dua
orang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur selepas mereka berkenalan melalui
aplikasi sosial WeChat iaitu ‘people nearby’ dan ‘shake’.
Saya
mengaku sekarang ini ada dua orang wanita yang ‘gilakan’ saya. Dua-duanya orang
KL (Kuala Lumpur). Kami kenal melalui WeChat. Saya mengaku saya sukakan
mereka
Dalam
laporan portal ini tidak lama dulu, Amir membuat pendedahan dikecewakan lima
wanita termasuk seorang yang bekerja sebagai jururawat. Kelima-lima mereka
menggunakan Amir untuk mengambil kesempatan menyebabkan dia serik untuk terus
jatuh cinta.
Dalam
pada itu pemuda yang berasal dari Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan ini
berkata, perkenalannya dengan dua wanita berkenaan yang masing-masing berumur
20 dan 23 tahun, pada peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum dia
memilih calon terbaik untuk dijadikan teman istimewa.
Katanya,
kedua-dua wanita itu juga turut meluahkan perasaan mencinta Amir termasuklah
menghantar mesej-mesej berbau sayang setiap masa.
Di
antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu
wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup
istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini
hati saya lebih terbuka kepada yang comel
Bagaimanapun
menurut Amir, disebabkan ketiadaan kerjaya tetap dan mengharapkan pendapatan sebagai
pelawak, dia belum memutuskan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment