Walaupun
mengambil masa yang lama untuk mengumunkan,Fizz Fairuz akhirnya bakal
mengakhiri zaman bujangnya bersama pelakon Almy Nadia, namun ada juga seorang
aktor lelaki yang satu ini sibuk nak cari calon isteri.
Memetik
sumber Diva Kosmo, tak sebut nama pun pasti ramai yang sudah tahu siapakah
gerangan yang dimaksudkan. Pelakon itu tak lain dan tak bukan tentulah Johan
As’ari. Selepas
hubungan cinta tiga hari bersama aktres seksi Lana Nodin berakhir kira-kira
sebulan lalu, nama Johan tiba-tiba sepi. Mungkin rasa dirinya tidak
mendapat perhatian media, Johan terus umum kononnya kali ini dia benar-benar
serius mahu mencari wanita untuk diperisterikan.
Nk
gelak pun ada bila dengar pengakuan Johan itu. Bukan apa, terlalu banyak
kisah percintaan suam-suam kuku antara Johan dan aktres yang tak perlulah
disebutkan nama mereka di sini.
Apa
pun, kita ambil pendekatan tunggu dan lihat tentang siapakah wanita sudi
menadah hati terima cinta suci Johan selepas ini. Kalau betul sampai ke jenjang
pelamin, barulah boleh percaya ketulusan serta keikhlasan hati Johan.
No comments:
Post a Comment