Gara-gara tidak berpuas hati dengan persembahan diri sendiri, Nur Fathia menitiskan air mata sebaik sahaja selesai pratonton media teater 'Bidasari' yang berlangsung di Istana Budaya pada Isnin.
Memang saya menangis kerana saya merasakan persembahan saya pada malam ini tidak memuaskan diri saya sendiri. Saya berasa kecewa kerana tahu saya mampu berikan yang lebih baik lagi
Menurut Fathia, terdapat pelbagai faktor menyebabkan konsentrasinya terganggu, lalu memberi kesan terhadap lakonannya. Namun Fathia enggan berputus asa sebaliknya menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran untuk memberikan yang terbaik untuk malam-malam yang berikutnya.
Bintang yang semakin menyinar menerusi lakonannya dalam drama bersiri Ariana Rose itu berterima kasih kepada Raja Azura atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Engku kerana banyak memberikan tunjuk ajar serta teknik bagi memastikan persembahan lebih berkesan.
Kak Engku banyak mengajar saya teknik-teknik lakonan walaupun latihan untuk teater ini dijalankan dalam jangka masa yang begitu singkat iaitu kurang dari seminggu. Tidak dinafikan banyak yang perlu saya perbaiki kerana saya masih baru dalam bidang teater, Terdapat satu babak yang mengandingkan saya dan Kak Engku yang mana ia kelihatan agak kejam serta ganas. Kak Engku mengajar bagaimana untuk membuatkan babak tersebut nampak seperti realistik
No comments:
Post a Comment