Sudah
lama kita mendengar hubungan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Dalam
temubual bersama media Fizz Fairuz mendedahkan yang beliau
& Almy Nadia bakal bernikah pada 30 Mei 2014 ini dan
mengadakan resepsi perkahwinan keesokan harinya di Pulau Pinang.
Fizz
Fairuz juga mengatakan yang mereka sudah bertunang pada bulan Oktober yang lalu
& kini sedang giat membuat persiapan perkahwinan. Pelakon Nur Kasih
itu bakal memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 & sudah menetapkan
destinasi berbulan madu iaitu Maldives.
Almy pula akui terkejut dengan pengumuman Fizz, dan beliau
memberitahu bukan terkejut kerana tidak mengetahui yang mereka bakal berkahwin,
tetapi terkejut kerana pengumuman yang dibuat oleh Fizz Fairuz kepada
pihak media secara tiba tiba dan terlalu awal dari apa yang mereka berdua
rancang.
Terkejut
juga bila Fizz cakap dia sudah dedahkan (berita perkahwinan) kepada media tadi
(semalam). Asalnya kita rancang hendak dedahkan mungkin pada Mac atau April
nanti. Sebab macam terlalu awal juga sebenarnya. Patutnya
simpan (rahsiakan) lagi, tetapi mungkin dia sudah bosan asyik diajukan
pertanyaan kahwin, jadi dia dedahkan juga
Menerusi portal GUA hari ini,
Almy Nadia berkata yang beliau mengharapkan semua yang dirancang akan berjalan
lancar namun tidak menolak masih mempunyai fobia untuk berkahwin selepas apa
yang terjadi sebelum ini.
Perasaan
saya gembira, takut dan teruja. Semuanya bercampur baur kerana pelbagai benda
telah melanda hubungan kami untuk sampai ke tahap ini. Perkara yang telah
terjadi membuatkan saya menjadi fobia
No comments:
Post a Comment