Pengacara serta pelakon tinggi lampai, Dynas Mokhtar menepis dakwaan
kononnya rumahtangga yang dibina bersama suami, Hafizy Hafiz sejak enam
tahun lalu kini berada dalam keadaan goyah.
Tiada apa yang perlu saya perkatakan mengenai perkara
ini. Alhamdulillah, rumahtangga kami masih baik. Saya masih di sini
bersama anak-anak dan gosip yang timbul tidak benar sama sekali. Bila masa saya pergi ke sana dan pasti ke itu adalah
saya? Saya baca banyak benda yang mengarut di internet dan apabila
gosip ini timbul, saya dan suami hanya ketawa sahaja. Tiada apa yang
saya nak cakap lagi mengenai isu ini sebab dari empat tahun lepas benda
yang sama saja timbul.
Bagi saya, kerja adalah kerja dan kisah
peribadi biarlah ia kekal menjadi peribadi. Saya tak suka masalah
keluarga diperkatakan umum
Dynas bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai gosip yang timbul dan
menganggap ia sebagai lumrah dan harga yang perlu dibayarnya sebagai
seorang artis.
No comments:
Post a Comment