Drama bersiri 'Ariana Rose' yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3
berjaya mencipta fenomena luar biasa apabila episod akhir yang disiarkan
pada 13 Februari lalu mencecah 4.5 juta penonton menurut Nielsen
Audience Measurement.
Tidak cukup di kaca TV, 'Ariana Rose' juga mendapat sambutan hangat di
laman sosial Twitter setiap kali bersiaran apabila berjaya menduduki
tempat pertama 'trending topic' di Malaysia dengan kata kunci
#ArianaRose. Di portal Tonton pula, lebih daripada 4 juta tontonan
dicatatkan sepanjang drama ini disiarkan.
“Slot Akasia bukan sahaja popular malah slot drama ini juga merupakan
sebuah jenama yang kukuh dalam kalangan penonton setia TV3. Sekali lagi,
‘Ariana Rose’ terbukti sebagai drama pilihan nombor satu dengan kadar
tontonan yang tinggi dan juga 'trending' di laman sosial setiap kali
bersiaran," ujar Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Cik Sherina
Nordin.
Drama bersiri 28 episod terbitan Pena Creative ini dibintangi
pelakon-pelakon popular seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid,
Nabila Huda, Arja Lee, Tasha Shilla, Dato’ Jalaluddin Hassan, Ziela
Jalil, Mustapha Kamal dan ramai lagi.
Selepas ‘Ariana Rose’ melabuhkan tirai pada 13 Februari, saksikan pula
drama bersiri terbaru yang berjudul 'Jika Itu Takdirku' terbitan MIG
Production Sdn Bhd mulai 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga
Khamis jam 7.00 malam.
No comments:
Post a Comment