Sebagaimana
yang kita sedia maklum, baru-baru ini pelakon dan pengacara Primadona, Erra Fazira baru sahaja bercerai talak
satu dengan Engku Emram. Dalam
masa yang sama Erra juga sibuk dengan teater arahan Erma Fatima iaitu Konsert
Teaterikal Suara Kita.
Sehubungan
dengan itu, bagi menghormati tempoh edah selama tiga bulan, Erra
minta dengan Erma agar adegan intim melibatkan dia dengan Awie dikurangkan
dalam teater berkenaan.
Memetik
sumber mStar, Erma menghormati permintaan Erra tersebut. Menurut
Erma lagi:-
“Sebagai
pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal
dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai
seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.
“Bagaimanapun
dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk
mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu,”
katanya.
Dalam
pada itu, Erra berkata, dia lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun
pada mulanya dia sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu
akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.
Jelas
Erra, selain ingin menjaga batas selepas bercerai dia juga tidak mahu ada
sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas
nanti.
No comments:
Post a Comment