JIKA
dunia glamor dipilih untuk dijadikan kerjaya, setiap individu itu perlu
bersedia untuk diperhatikan oleh orang awam, khususnya para peminat
yang tidak pernah lekang dengan seribu satu soalan dan bermacam
kritikan.
Lebih-lebih lagi apabila kritikan itu mudah disalurkan
secara terus melalui laman media sosial seperti Twitter, Facebook dan
Instagram.
Tidak
terlepas daripada situasi ini, pelakon Sharifah Sakinah, 25, dikatakan
sengaja mengundang kontroversi apabila beberapa keping gambarnya
berpakaian baju renang dimuat naik menerusi akaun peribadi Instagram
miliknya.
Tidak kurang juga sekeping gambar yang diambil oleh
jurulatih peribadinya yang menampakkan Sakinah mengenakan pakaian renang
jenis two-piece sewaktu bercuti di Dubai beberapa bulan lalu. Selain
itu, pelakon yang pernah membintangi telemovie Biar Mimpi Sampai Ke
Bintang ini sering mempamerkan bentuk tubuh baharunya selepas bergiat
aktif dalam bidang kesihatan.
No comments:
Post a Comment