Pages

Saturday, March 1, 2014

Izreen Azminda Ikat Perut Demi Karier, Hilang 26 Kg


Pelakon yang dikenali menerusi drama 'Juvana', Izreen Azminda mendedahkan dia kehilangan berat badan sebanyak 26 kilogram. Sebelum ini, sewaktu hamil, Izreen mempunyai berat sebanyak 80 kilogram dan kini dia kembali langsing dengan berat badan 54 kilogram.



Saya turun 26 kilogram. Saya memang mengamalkan diet untuk kembali langsing selepas bersalin anak sulung. Saya tidak mengambil nasi dalam pemakanan dan saya hanya makan sekali sehari sahaja

Menjadi keperluan untuk tampil langsing jika kita bekerja dalam industri ini. Saya perlu berkorban dengan melakukan rejim diet. Dalam televisyen, semua orang akan nampak lebih berisi daripada biasa. Saya harus mengekalkan bentuk badan ideal," tutur pelakon drama 'Suri' ini.

Mengulas mengenai rezekinya yang kini semakin murah setelah menggondol anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 menerusi drama 'Perempuan Itu Ibuku', Izreen menganggap ini sebagai rezeki anaknya.

Alhamdulillah, saya bersyukur. Ini merupakan rezeki anak saya. Sewaktu saya mengandungkan anak sulung, saya menjalani penggambaran bagi drama tersebut. Selepas saya melahirkan, saya berjaya menggondol anugerah tersebut. Saya bersyukur atas rezeki yang diberikan




Dalam perkembangan lain, Izreen kini muncul menerusi drama '7 Suami' yang disiarkan di TV9. Menerusi drama tersebut, Izreen lari daripada kebiasaan dengan memegang watak berat dan serius, berbeza dengan watak-watak antagonis yang dilakonkan Izreen sebelum ini.


No comments:

Post a Comment