Pages

Thursday, February 27, 2014

[GEMPAR]: Shahrol Shiro Dipulaukan Peserta Maharaja Lawak



Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro mengakui dirinya dipulaukan sebahagian pelawak lain dalam pertandingan "Maharaja Lawak Mega 2013" (MLM 2013) berpunca daripada perang dingin membabitkan dirinya dengan Jep Sepahtu.



Terus-terang saya tidak tahu macam mana jadi begitu. Saya tidak tahu mana silap saya atau apa benda yang dia tidak puas hati sampaikan dia mengelak macam itu sekali. Sudah tiga, empat kali saya datang kepada dan meminta maaf. Saya hendak tahu dan bertanya kalau saya ada buat salah, tetapi dia mengelak dan dingin saja

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi turut kesal apabila konflik semakin parah dipercayai berpunca daripada sikap Jep yang suka menjaja cerita kepada rakan-rakan lain. Tambah Shahrol, 40, Jep turut tidak lagi mengikutinya di Instagram lagi sedangkan sebelum ini mereka mengikuti sesama mereka.

Dalam pada itu, Shahrol berharap kemelut antara mereka dapat dipulihkan kerana mereka mempunyai hubungan rapat sebelum ini.

No comments:

Post a Comment