Pages

Monday, February 24, 2014

Sharnaaz Ahmad: Saya Tidak Akan Mohon Maaf



Pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi dhimpit kontroversi baru-baru ini apabila dia dikatakan cuba menyerang isteri pelakon, Fauzi Nawawi, Nisdawati Nazaruddin di lokasi penggambaran drama "Bukan Aku Tak Cinta" pada 19 dan 21 Februari lalu.


Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu dan menegaskan bahawa dia tidak akan membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pelakon itu.

Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa pada media. Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan memohon maaf
.
Dalam pada itu, Fauzi memberitahu dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dihantar oleh Sharnaaz, selain mengajaknya berjumpa.

Dia mungkin hendak bergaduh, tetapi itu bukan cara saya. Jika ikutkan hati, sememangnya saya marah, tetapi negara ini mempunyai undang-undang dan saya akan gunakan saluran yang betul. Namun apa yang pasti saya akan mengambil tindakan sepatutnya mengikut undang-undang sekiranya kandungan dan kesihatan isteri terjejas.

Sementara itu, Nisdawati berkata, dia tidak tahu punca dirinya dihambur dan diserang oleh Sharnaaz.

Sehingga sekarang saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Jika ada salah atau silap dia boleh datang berjumpa saya untuk berbincang, bukannya dengan cara mengamuk ataupun memaki-hamun orang sesuka hati.

Berikutan insiden itu, Fauzi dan Nisdawati telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang kemudiannya laporan tersebut dirujuk semula ke Balai Polis Rawang dan Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk siasatan lanjut.


No comments:

Post a Comment