Pages

Tuesday, February 25, 2014

[TAKZIAH]: Perkahwinan Liza Abdullah Selama 26 Tahun Berakhir


Pelakon Liza Abdullah,50, dan suaminya, Zolkefli Abdulah Rahman,58, telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam selepas 26 tahun berkongsi kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, lafaz itu dibuat Zolkefli di hadapan Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah dengan baik.



Terdahulu, peguam syarie, Sa'adiah Din yang mewakili Liza selaku plaintif memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan perceraian kerana sudah tidak mempunyai persefahaman, malah mereka juga sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Sa'adiah turut memaklumkan bahawa Liza juga bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan lain terhadap suaminya.

Sementara itu, Liza yang diminta mengulas lanjut mengenai perceraiannya itu bagaimanapun enggan berbuat demikian sebelum beredar. Hasil perkahwinan Liza dan Zolkefli selama 26 tahun, pasangan itu dikurniakan empat anak, Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afiq, 10.


No comments:

Post a Comment