Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura
dan bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, masih
baik seperti biasa dan layanan yang diberikan kepada anak-anak masih lagi
sama walaupun pasangan ini sah bercerai pada 28 September 2010.
Meskipun begitu, Kak Engku memberitahu anak-anaknya
tidak mengetahui status sebenar mereka. Kak Engku sehingga kini merahsiakan
status perceraiannya dengan suami sejak tiga tahun lalu. Ditanya punca sebenar merahsiakan status
penceraian dengan suami, pelakon itu memberi alasan ketiga-tiga anaknya masih
belum cukup matang mengetahui lebih lanjut kisah penceraiannya.
Bagi saya, mereka belum cukup matang untuk
mengetahui tentang kegagalan hubungan saya bersama suami. Bila sudah sampai
masa baru saya akan memberitahu mereka. Tujuan saya berbuat demikian adalah supaya tiada masalah berlaku antara
saya, bekas suami dan anak-anak saya, Megat Muhammad Raziq (12 tahun), Megat
Luqman Haqiim, (11 tahun), Puteri Mia Maizura (8 tahun).
Untuk mengelakkan anak-anaknya mengetahui rahsia
penceraian dengan bekas suami melalui internet dan surat khabar, Raja Azura
melarang mereka melayari internet, membaca surat khabar dan majalah.
Sejujurnya, saya melarang anak-anak membaca
surat khabar dan majalah. Di rumah pula, mereka tidak boleh melayari internet.
Lagipun, jadual harian mereka sudah cukup terisi dengan aktiviti-aktiviti yang
telah ditentukan oleh saya.
No comments:
Post a Comment