Bukan
senang untuk membuat lawak yang boleh menghiburkan hati penonton. Pelawak
perlulah mencari idea-idea baru supaya penonton tidak bosan. Namun itulah
cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2013.
Tekanan
yang dirasai peserta memuncak setiap minggu ketika persembahan. Terkejut SM
bila mengetahui Shahrol yang merupakan salah seorang anggota
kumpulan Shiro, pitam selepas tamat membuat persembahan.
Sebenarnya
saya dah penat berminggu-minggu, selepas persembahan di Kedah memang saya dah
tak larat sangat, memang dah sampai limit waktu tu, bayangkan, pada hari Khamis
kami tukar cerita dan sejuurnya memang kami tak cukup masa.
Saya
ada berjumpa doktor dan dia cakap saya terlalu stress menyebabkan badan terlalu
penat dan tidak cukup rehat, lalu dia sarankan saya mendapatkan rehat yang
cukup.
Walaubagaimanapun,
Shahrol berkata dia dan Ajak akan tetap membuat yang terbaik di pentas akhir
Maharaja Lawak Mega 2013, Jumaat ini.
Menurut
sumber Shiro bakal muncul dengan filem kedua lakonan mereka yang berjudul ‘Suatu
Malam Kubur Berasap 2′ dan juga bakal merakamkan lagu ‘Bintang
Malam Ini’ bersama Datuk Yusof Haslam. Jadi, peminat-peminat
Shiro, nantikan kemunculan filem dan lagu terbaru mereka nanti.
No comments:
Post a Comment