Pages

Saturday, February 8, 2014

Nora Danish Dan Nedim Bakal Berkahwin?


Pastinya para peminat pelakon cantik Nora Danish ingin mengetahui perkembangan beliau dengan Nedim Nazri. Sebelum ini Nora dan Nedim sering digosipkan bersama namun dinafikan sendiri oleh kedua dua mereka yang ada mengatakan berkahwin tiada dalam perancangan terdekat mereka.



Memetik sumber Harian Metro menerusi ruangan Soseh Soseh mereka hari ini tampil dengan satu lagi perkhabaran yang mengatakan Nora dan kekasih, Nedim kini dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga sekitar hujung tahun ini.

“Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit. Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka,” khabarnya.


Kalau benar perkara ini baguslah. Lagi cepat mereka bersatu lagi kurang orang cakap-cakap belakang. Lagipun mereka memang sepadan dan serasi bersama. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment