Pages

Wednesday, February 5, 2014

[TAHNIAH]: Uqasha & Pekin Buat Persiapan Perkahwinan


Tarikh perkahwinan pasangan pelakon popular, Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose masih lagi dirahsiakan daripada pengetahuan umum, tetapi aktres tersebut memberitahu dia dan bakal suaminya sudah pun memulakan persiapan untuk majlis bersejarah mereka.

Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, Uqasha berkata:

Kami dah mula buat persiapan sikit demi sedikit. InsyaAllah, majlis kami dalam tahun ini juga. Namun tarikhnya tidak boleh diberitahu lagi



Ujar pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen ini lagi, urusan persiapan majlis mereka turut dibantu oleh ahli keluarga memandangkan dia sibuk dengan penggambaran. Sempat berkongsi konsep majlis perkahwinan mereka, Uqasha memberitahu dia mengimpikan konsep dalam taman, manakala Pekin lebih gemarkan suasana yang santai.

Majlis tersebut dijangka diadakan dalam keadaan sederhana, tetapi aktres berusia 21 tahun itu memberitahu dia dan Pekin bersedia menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Kami terima kalau ada pihak yang nak taja. Setakat ini ada beberapa pihak dah nyatakan kesudiaan mereka tetapi kami akan adakan perbincangan dengan mereka sebelum membuat keputusan 


No comments:

Post a Comment