Pages

Monday, February 3, 2014

Yusof Haslam Beri Peluang Kepada Afiq Muiz


Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam telah memberi kepercayaan kepada pelakon Afiq Muiz memegang watak Inspektor polis dalam drama bersiri "Gerak Khas" musim baru. Menurut Yusof, kontroversi yang melanda Afiq tidak menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 


Saya beri peluang kepada Afiq kerana saya percaya kepada bakat dia dan kontroversi yang dihadapinya adalah masalah peribadi dan perkara tersebut tidak menjejaskan imej pasukan polis. Jika nama yang sudah disenaraihitamkan oleh pihak PDRM, saya tidak akan mengambil dia berlakon dalam produksi saya 



Tambah penerbit berusia 60 tahun itu lagi, sebelum mengambil Afiq, beliau telah pun melakukan perbincangan dengan pihak RTM terlebih dahulu.

Saya faham dengan perangai anak muda yang cepat panas baran dan cepat terasa hati itu, semasa penggambaran saya ada juga memberi nasihat kepadanya agar jangan berbuat demikian kepada keluarga.

No comments:

Post a Comment