Pages

Friday, February 7, 2014

Papadom 2 Tak Untung, Afdlin Shauki Mahu Berhenti Mengarah Filem


Kutipan filem tempatan sepanjang tahun lalu amatlah teruk. Afdlin Shauki yang mempertaruhkan sekuel Papadom 2 sebagai buah tangan tunggal pada tahun 2013 nampaknya kecewa dengan apa yang berlaku. Filem pertama Papadom berjaya meraih RM3.8 juta namun Papadom 2 yang ditayangkan hujung tahun lalu hanya berjaya membawa pulang RM620,000 & menyifatkan ianya paling teruk dalam sejarah karier 15 tahun beliau.


Mungkin peminat Papadom sudah meninggal dunia (ketawa kecil) jadi, filem Papadom 2 tidak mendapat sambutan lagi. Saya menyimpan Papadom 2, hampir dua tahun dan sebelum ini, saya teragak-agak untuk menghasilkan filem lagi setelah melihat masalah sambutan penonton terhadap karya tempatan

Namun, ternyata usaha saya hanya sia-sia dan merugikan. Ketika tayangan perdana, saya ada menerima banyak maklum balas Papadom 2 lebih menarik daripada Papadom sebelum ini


Afdlin Shauki turut berkata yang beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan mengambil keputusan yang Papadom 2 merupakan filem tempatan terakhir arahannya.

Saya telah membuat keputusan, di mana filem ini merupakan filem terakhir saya untuk pasaran industri tempatan. Saya sudah tiada hati untuk menghasilkan filem tempatan lagi. Sejujurnya, jual seluar pelikat lebih menguntungkan daripada buat filem tempatan


Beliau kini sibuk menguruskan perniagaan beliau yang menjual seluar pelikat & beberapa produk lain termasuklah kek coklat Boboi.


No comments:

Post a Comment