Memang
admin respect habislah dekat Ashraf Muslim kerana menjadi suami yang
hebat dan mampu membimbing kedua-dua isterinya. Gembira
melihat kebahagiaan rumahtangga Ashraf di samping kedua-dua isterinya, Dayana
dan Wan Sakinah. Jika sebelum ini timbul sedikit masalah namun Ashraf
mampu menjernihkan rumah tangga mereka kembali.
Gambar-gambar
kemesraan ini telah dikongsi oleh Ashraf Muslim menerusi laman Facebooknya. Wan
Sakinah dan Dayana telah datang untuk menghantar suami mereka terbang
menunaikan umrah. Berikut ialah status yang telah dikongsikan oleh Ashraf
Muslim.
Assalamualaikum
semua.. Saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. Syukur bila mendapat
sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. Saya
sayang kamu berdua.. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi
bertambah erat.. Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat
kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik..
terima kasih Allah.. Terima kasih Allah.. Terimalah aku dan isteri2ku menjadi
hambamu yg “Special” disisimu. InsyaAllah..
Jika
anda masih ada rasa tidak puas terhadap Ashraf Muslim, buanglah
jauh-jauh. Kalau mereka bertiga sudah bahagia dengan kehidupan sebegini,
siapalah kita untuk mengkritik? Yang lepas jadikanlah pengajaran.
No comments:
Post a Comment