Pages

Monday, February 3, 2014

SUBHANALLAH – Proses Awet Rambut Rasulullah S.A.W


KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh ketelitian. Ini adalah kerana ia adalah rakaman video proses mengawet rambut junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Penulis memperolehi video berkenaan daripada laman Facebook Majlis Cinta Rasul.


Ia dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini. Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.

Shaikh Ahmad ialah anak kepada Shaikh Muhammed Al Khazraji iaitu bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam UAE. Beliau memiliki beberapa barangan dan tanda milik Nabi Muhammad S.A.W, kerana beliau merupakan waris daripada puak Khazraj yang merupakan antara puak terbesar di Madinah ketika zaman kehidupan baginda Rasulullah.

Di dunia ketika ini, hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia. Ia adalah janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.


Bagi rambut yang berada dalam simpanan Shaikh Ahmad, ia diperolehi ketika Rasulullah bertahlul selepas tidak dibenarkan masuk ke Kota Makkah sewaktu Perjanjian Hudaibiah. – 


No comments:

Post a Comment