Pages

Friday, February 7, 2014

Nizam Sani Nafi Pihaknya Selamatkan Sepahtu Dari Tersingkir?


Bahang Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM) kian terasa bila rancangan tersebut sudah sampai ke kemuncaknya. Persaingan minggu ke-12 MLM 2013 yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jumaat lalu, sememangnya begitu mendebarkan buat lima pesertanya iaitu Sepahtu, Shiro, Nabil, Jambu dan Bocey.


Bagaimanapun, beraksi di kampung halaman ternyata tidak menjadi kelebihan buat Sepahtu apabila diumumkan menduduki dua tangga terbawah.


Mereka amat mengecewakan apabila gagal mengeluarkan idea yang boleh menggeletek penonton menerusi dua persembahan bertemakan zaman kolej dan bersama artis undangan. Paling ketara, subjek kereta Perodua Alza masih lagi diulang dalam lawak yang ditampilkan.

Ternyata pengumuman oleh pengacara Datuk AC Mizal yang memberitahu Sepahtu menduduki tangga terbawah amat mengejutkan peminat dan mereka sendiri. Apatah lagi Sepahtu sering menduduki tangga teratas carta dan selesa setiap minggu. Namun mujurlah mereka akhirnya layak juga dan pengumuman ini sekali gus menjadikan suasana di Stadium Tertutup MBJB kembali bergemuruh.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro Nizam Sani ketika ditemui menafikan menyelamatkan Sepahtu dengan memberikan peluang mereka beraksi di pentas akhir yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat ini.

“Keputusan yang diterima agak mengejutkan kerana Sepahtu menduduki tangga terbawah. Undian menyaksikan Shiro mengutip 69 peratus, Bocey (66 peratus), Jambu (65 peratus), Nabil (61 peratus) dan Sepahtu (56 peratus). Saya akui jika ada penyingkiran Sepahtu memang terkeluar.

“Bagaimanapun, kami ikut konsep tahun lalu di mana lima peserta berpeluang ke pentas akhir. Kali ini pun sama kerana kami kekalkan jumlah yang ada untuk final. Saya rasa semua mereka hebat dan peluang untuk menang adalah sama.


“Sebenarnya keputusan untuk mengekalkan kelima-limanya dibuat tanpa pengetahuan peserta. Bagaimanapun kami memang nak kenakan Sepahtu kerana ini tempat mereka. Cuma kebetulan mereka mendapat undi terbawah dan ini memang mengejutkan,” katanya.


No comments:

Post a Comment