Chef
Wan telah mengkritik mutu hidangan
‘nasi lemak’ yang dihidangkan dalam kelas ekonomi penerbangan Malaysia
Airlines (MAS) semasa beliau dlam perjalanan ke Bangkok.
Menurut Chef Wan, hidangan nasi lemak itu seperti ‘telanjang’ kerana
tidak lengkap tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Kritikan
Chef Wan telah mendapat respons positif daripada pihak MAS:-
“Malaysia
Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi
lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok. Kami
menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk
mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami”
Namun
isu tersebut tidak berakhir di situ apabila ada seorang yang mendakwa
‘kerja atas awan’ telah memberi komentarnya yang tersendiri berhubung isu
tersebut. Komen itu disiarkan dalam Astroawani.com.
No comments:
Post a Comment