Jika sebelum ini nama Nabil naik kerana bakatnya melawak,
kini bakatnya diperlekehkan dan dikatakan dia sudah kekeringan idea untuk
membuat lawak di pentas Maharaja Lawak Mega 2013. Memetik sumber
OhBulan, bekas Juara Raja Lawak itu sebenarnya sering di’boo’
oleh penonton semasa membuat persembahan dan perkara itu secara tidak langsung
melemahkan semangatnya.
Saya buat lawak sebenarnya adalah untuk dinikmati oleh semua
orang. Tapi penonton sendiri datang dengan niat untuk sokong peserta kegemaran
mereka sahaja dan bertindak ‘boo’ pada saya. Saya agak sedih, kalau orang lain
kat tempat saya pun akan sedih.
Saya penat buat persiapan seminggu, hati menangis ni dan naik je
pentas kena ‘boo’ pula. Apa perasaan saya? Itulah bezanya penonton di Malaysia
dan luar negara. Apa yang mereka tak nampak adalah saya buat persembahan solo
lawan dengan peserta berkumpulan, dan saya masih mampu layak ke final.
Nabil juga turut mencabar kesemua peserta berkumpulan untuk masuk
pertandingan itu secara solo pada tahun depan dan buktikan kehebatan
masing-masing.
Kalau setiap orang masuk solo tahun depan, kita boleh tengok
siapa kelakar, siapa tak kelakar. Saya bukan nak cakap saya hebat, tapi saya
masih boleh bertahan sampai final. Jadi saya cabar semua pelawak masuk solo.
Sebenarnya situasi industri kat Malaysia ini lebih kepada
populariti daripada kuailti. Kalau masa itu, nama tengah naik, buat apapun
orang akan gelak. Tapi, bila dah tak berapa popular macam saya, buatlah lawak
macam mana pun, orang akan tetap rasa ianya hambar.
Nabil memberitahu dia tetap bersyukur kerana masih memiliki
peminat yang masih mempercayai bakatnya dan menghargai setiap usaha yang
dilakukan oleh mereka.
Rezeki saya datang dari Allah. Saya tak pernah undi
diri sendiri. Saya baru pertama kali ada kelab peminat dan itu pun mereka buat
secara sukarela. Saya sangat berterima kasih sebab mereka banyak bagi
sokongan pada saya. Jadi, sekarang ini saya buat lawak untuk diri saya sendiri,
keluarga saya dan mereka yang menyokong saya.
No comments:
Post a Comment