Pages

Tuesday, February 4, 2014

"Secara Tiba-Tiba, Mak Mah (Ruminah Sidek) Menampar Saya" - Zalif Sidek



Pertama kali bergandingan dengan Ruminah Sidek dalam filem 'Jangan Pandang Belakang Boleh?', Zalif Sidek memberitahu yang dia telah ditampar oleh pelakon veteran tersebut.

Saya begitu berdebar serta agak tergamam ketika hendak melakonkan adegan pertama yang mengandingkan saya dan Mak Mah. Perkara tersebut menyebabkan dialog agak susah untuk saya tuturkan. Secara tiba-tiba Mak Mah yang sedang duduk secara bersahaja menampar pipi saya.

Tindakan Mak Mah itu bagaimanapun, saya anggap sebagai salam perkenalan yang mana akhirnya membuatkan saya merasa senang dan tidak lagi malu-malu di hadapan Mak Mah. Malah, setelah kami selesai penggambaran, Mak Mah menitiskan air mata kerana sudah menganggap kami sebagai cucunya



Sebagai seorang pendatang baru, Zalif berkongsi perasaan gembiranya kerana diberikan peluang untuk berlakon bersama pelakon yang begitu berpengalaman seperti Mak Mah. Malah menurut Zalif, Mak Mah turut mengujinya bagi memastikan sama ada dia sudah bersedia atau belum untuk menjadi seorang pelakon.



Bercerita mengenainya wataknya sebagai Dharma dalam filem yang diparodikan dengan filem Jangan Pandang Belakang itu, Zalif memberitahu karakter yang dilakonkannya adalah berbeza dengan karakter Dharma yang dijayakan oleh Pierre Andre sebelum ini.





Abang Bob (Ismail Bob Hasim) selaku pengarah filem ini mencipta satu watak yang lain daripada yang lain. Dia mengarahkan agar saya menjadi lembut dari gaya dan pergerakan serta meminati barang-barang berwarna merah jambu


No comments:

Post a Comment