Pages

Wednesday, February 5, 2014

[GEMPAR]: Imej Suspek Buang Mayat Bayi Di Masjid Alwi Kangar?


Di Kangar, jemaah di Masjid Alwi gempar apabila seorang pegawai tentera berpangkat Kapten menjumpai mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki di masjid berkenaan kira-kira jam 7 pagi, Khamis lalu. Sejurus itu dia memaklumkan perkara itu kepada pengurusan masjid.

Imam 1 masjid berkenaan Hashim Taib, 44, berkata, dia berada di rumah kerana tidak bertugas sebelum dimaklumkan oleh pengawal keselamatan lalu bergegas ke masjid dan mendapati kawasan tandas itu sudah ditutup oleh pihak polis untuk siasatan.

Katanya, pada masa sama, dia dimaklumkan sepasang remaja berusia 20-an yang mendakwa suami isteri dari Langkawi mahu menumpang bermalam di masjid lalu dibenarkan oleh pengawal keselamatan bertugas.


“Pengawal keselamatan terbabit kemudian membenarkan pasangan wanita duduk di dalam masjid, manakala suaminya duduk di atas kerusi batu di bahagian luar.

“Pasangan itu dilihat masih berada di masjid sehingga masuk waktu Subuh, malah pengawal keselamatan yang memeriksa tandas lelaki ketika rakaat pertama solat Subuh tidak melihat sesuatu yang mencurigakan sebelum masuk ke masjid untuk bersolat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit kemudian memaklumkan sejurus selesai solat Subuh, pasangan terbabit didapati meninggalkan kawasan masjid dan tidak dapat dikesan sebelum mereka dikejutkan dengan penemuan mayat bayi itu.



Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi tersebut. Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video. Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.


Kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.


No comments:

Post a Comment