Media sosial jika tidak digunakan dengan betul
maka ia boleh menjadi punca perbalahan besar Masalahnya, sekarang ini makin
ramai pula yang tak cerdik apabila berkongsi status menghina pihak lain di
Facebook atau Twitter.
Mungkin bila dah kena kecam, kena kutuk dan
diugut secara berjemaah, masa itu baru nak faham betapa besarnya kuasa media
sosial pada hari ini agaknya. Sebagai contoh, seorang pengguna Facebook yang
bertindak menghina orang Sabah sesedap rasa mulutnya baru-baru ini hingga
menimbulkan kemarahan ramai rakyat Sabah.
Apabila mengetahui banyak pihak marah pada dirinya,
pengguna Facebook ini meminta maaf dan menyatakan dia cuma bergurau. Namun,
tindakan maafnya itu dikira sudah terlambat kerana page Anti Zef Fithry sudah
pun diwujudkan dan pada masa singkat, mengumpul ribuan pengikut.
Betullah kata pepatah, terlajak perahu boleh
diundur tapi terlajak kata buruk padahnya. Dengan segala kecaman yang diterima,
diharapkan pengguna Facebook yang terlibat menghina Sabah dan lain-lain pihak
yang ingin melakukan perkara serupa berfikir banyak kali sebelum memuatnaik
sebarang status di media sosial selepas ini.
Tindakan sebegini bukan sahaja tidak baik malah
ia boleh menimbulkan pergeseran dalam masyarakat. Bagi pihak yang dikutuk pula,
diharapkan menerima maaf diberikan. Tapi jika dah tak tahan marah sangat,
ingatlah negara kita mempunyai saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah.
–
No comments:
Post a Comment