Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM) kini hampir sampai ke kemuncaknya. Terbaru, selepas tersingkirnya
SYJ, hanya tinggal lima
lagi peserta untuk mara ke final iaitu, Sepahtu,
Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.
Disebalik
kemeriahan MLM 2013, tindakan Yus (Jambu) yang sering ‘membahan’
salah seorang juri iaitu Datuk Yusof Haslam membuatkan ramai penonton
tertanya-tanya tidakkah pemilik Skop Production itu terasa hati dengan
tindakan Yus? Datuk
Yusof tampil menjelaskan hal ini. Ujar beliau yang dipetik dari Sinar Harian:-
Saya
langsung tidak tersinggung dengan lawak Yus kerana kita berada dalam program
lawak dan sememangnya itu adalah lawak. Sebenarnya saya dah tahu Yus pasti
akan kenakan saya sebab sebelum ini dia pernah kenakan saya dan saya kenakan
dia balik. Kita perlu menjadi seseorang yang matang dan tidak perlu mudah
terasa serta melihat situasi dan keadaan ketika itu
Datuk
Yusof juga menyifatkan kumpulan Jambu bijak menggunakan kesempatan kerana
berjaya menarik hati audiens dan juri.
Mereka
merupakan sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai keserasian dan lawak mereka
pada minggu lalu telah menghidupkan suasana
Selain
itu, ditanya adakah beliau akan menjadi juri sekiranya diberi peluang untuk
Maharaja Lawak Mega akan datang, Yusof berkata : “Memang pada mulanya saya
menolak untuk menjadi juri pada MLM kali ini tetapi saya mengubah fikiran untuk
menjadi juri, saya akui saya dapat menenangkan fikiran saya selepas seminggu
bekerja.
Ramai
yang beranggapan saya seorang yang serius, tetapi impak daripada MLM ini telah
mengubah persepsi orang ramai terhadap saya. Sebagai seorang anak seni,
sepatutnya kita masuk ke dalam apa jua platform seni tidak kira komedi, drama
dan filem untuk mengembangkan bakat yang ada
No comments:
Post a Comment