Seorang
janda dan anak perempuannya melecur teruk dipercayai dibakar teman lelaki
wanita itu menggunakan petrol di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya di
sini semalam. Dalam
kejadian pukul 1 pagi itu, Saliza Saidin, 29 dan anaknya, Nor Airis Khalisha
Mohd. Shahrill berusia setahun enam bulan sedang tidur bersama seorang bayi
perempuan berusia tiga bulan yang dijaganya.
“Saya
kemudian lihat teman lelaki Saliza masuk dan terus menuju ke bilik anak
saya. Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan
api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza Saidin, 29, yang
melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat dibakar bekas teman
lelakinya, semalam.
Ibu
mangsa, Som Dolah, 62, berkata, dia yang tidur di ruang tamu bersama dua lagi
anak Saliza berusia tiga dan lima tahun terjaga apabila mendengar orang membuka
pintu rumahnya dengan kasar. Akibat
kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85 peratus tubuhnya
dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Kebakaran Hospital
Kuala Lumpur (HKL). Manakala anaknya melecur di muka sebelah kanan serta
kedua-dua tangan.
Som
yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan percaya
lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat cinta ditolak.
No comments:
Post a Comment