Pelakon seksi, Lana Nordin menafikan khabar angin yang
mengatakan dirinya sudah mempunyai pengganti baru yang juga seorang
doktor.
Siapa yang cakap saya ada pengganti baru (ketawa)? Bagi saya sekarang
pengganti baru saya adalah kerjaya dan fokus sekarang ditumpukan
terhadap kerja. Mengenai doktor itu, apa yang boleh saya katakan taka da doktor yang
beri bunga dan saya tak nak komen lebih mengenai perkara ini
Menurut aktres kelahiran Kuching, Sarawak ini, walaupun serik dengan pengalaman baru-baru ini, namun ia tidak bermakna dia bersedia mencari pengganti baru dalam masa terdekat ini.
Kalau saya kata saya tak mahu bercinta dalam masa terdekat dan tiba-tiba saya bercinta nanti orang kata saya hipokrit pula. Lagipun dari pihak saya tidak ada apa-apa masalah. Keluarga saya juga memahami dan mempercayai saya. Mereka tahu saya boleh berdikari dan melalui semua ini.
Sementara itu, walaupun sentiasa dihimpit kontroversi, Lana, 35, berkata, selepas apa yang berlaku rezekinya semakin murah.
No comments:
Post a Comment