Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim
Ridza akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur
Fathia sejak setahun lalu. Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu
kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga
kedua-dua belah pihak.
Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini
saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis
untuk diperkatakan secara terbuka. Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan
‘tradisional’ apabila berbicara perkara sebegini
Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak
yang melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan
mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati
keluarga masing-masing.
No comments:
Post a Comment