Setelah hampir tiga tahun tidak bersiaran di kaca televisyen, drama
bersiri yang mengangkat kerjaya kepolisan, ‘Gerak Khas’ kini kembali
dengan tema ‘Berjuang Demi Keamanan, Bersatu Perangi Jenayah’. Drama
bersiri ini akan menampilkan lebih banyak cetusan idea baru mengenai isu
semasa dan konflik yang lebih menarik khusus untuk tatapan penonton
yang merindukan drama berbentuk kepolisan ini.
Bagi menampilkan kelainan, drama ini menampilkan muka-muka baru untuk
menggalas tugas melakonkan watak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)
iaitu Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam (Tisha Mentor 6), Mas Hidzir
Khan dan Afiq Muiz.
Mengulas mengenai penglibatan Afiq Muiz yang pernah terpalit dengan
kontroversi bersama ibunya dalam drama bersiri ini, Yusof ada
penjelasannya yang tersendiri.
Saya rasa itu masalah
peribadinya. Selagi masalah tersebut tidak melibatkan undang-undang,
jenayah dan tidak mengganggu kelancaran tenaga produksi untuk
menerbitkan drama ini, semuanya baik-baik sahaja. Saya sentiasa
menasihatkan barisan pelakon drama ini agar tidak melibatkan diri dengan
jenayah dan menjaga imej serta nama baik PDRM kerana mereka menggalas
tugas membawa watak sebagai anggota polis dalam drama ini
No comments:
Post a Comment