Pelakon Kamal Adli redha apabila dirinya masih belum
popular walaupun sudah hampir lima tahun berada dalam industri hiburan
tempatan.
Itu semua tuah atau rezeki masing-masing, jika seseorang pelakon
tersebut mendapat drama yang betul-betul popular dia juga secara tidak
langsung akan popular. Saya sudah cuba banyak karakter termasuk komedi aksi dan serius namun mungkin belum ada rezeki lagi
Kamal, 27, bagaimanapun bersyukur kerana masih diberi kepercayaan oleh
produser stesen televisyen tempatan untuk terus berada dalam industri.
Saya tidak pernah memilih drama atau filem yang memang sudah dijangka
akan hit, sebaliknya saya hanya berlakon sahaja ikut tawaran yang
datang. Tapi saya bersyukur dengan pelbagai karekter yang telah saya bawa ini, penonton sendiri dapat menilainya.
No comments:
Post a Comment