Walaupun kes khalwat yang melibatkan dirinya bersama seorang bekas
kakitangan bank masih lagi dalam perbicaraan, aktor Shah Jaszle telah
merancang untuk mengahwini tunangnya, Redzwani Puteri pada tahun ini.
InsyaAllah jika tiada sebarang halangan, doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini
Pemilik nama sebenar Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin ini turut memberitahu
hubungannya dengan Redzwani yang merupakan seorang doktor berjalan
dengan lancar selepas menyambung kembali ikatan pertunangan mereka pada
Hari Raya Aidilfitri lalu.
Dalam perkembangan lain, Shah, 25, memberitahu kejadian yang menimpanya
pada Mei tahun lalu tidak menjejaskan karier seninya kerana dia masih
sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.
Alhamdulillah, walaupun sedang menghadapi kes ini, rezeki saya tetap ada dalam bidang lakonan
Walaubagaimanapun dalam perkembangan terbaru kes ini, rayuan yang dikemukakan oleh Shah menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember untuk menggugurkan kes tersebut telah ditolak oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan diteruskan pada 8 April akan datang.
No comments:
Post a Comment